Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Friday, September 26, 2008

Tuesday, September 23, 2008

Gerakan Syiah di Nusantara Kini

Kehadiran Syi'ah di pentas Nusantara kini adalah merupakan fenomena baru di penghujung abad kedua puluh ini. Bila dan dimana Syi'ah mula-mula diperkenalkan kepada masyarakat Nusantara, sukar untuk dipastikan. Kebanyakan pengkaji sejarah tentang kemasukan Islam ke Nusantara mengatakan bahawa Islam yang mula-mula sampai di Nusantara dibawa oleh orang-orang Sunni. Dengan itu, mazhab Ahlus Sunnah wal Jama'ah adalah mazhab yang dominan di Nusantara semenjak berkurun-kurun yang lalu.

Namun setelah terjadinya revolusi Iran pada tahun 1979, mazhab Syi'ah mulai mendapat perhatian. Sepertimana halnya di negeri-negeri yang lain, maka di Nusantara pun tidak sedikit jumlahnya orang yang terpesona, malah mengkagumi revolusi ini. Berikutan dengan itu, mulailah dilakukan kajian-kajian terhadap mazhab Syi'ah. Persoalannya bukan hanya berhenti di sini, tetapi adanya usaha untuk mengembangkan fahaman dan 'aqidah Syi'ah di kalangan pengikut- pengikut Sunnah di Nusantara ini, selaras dengan maksud Iran untuk mengeksport revolusinya ke bahagian dunia lainnya.

Oleh Ust. Muhammad Rivai BatuBara

Baca seterusnya di sini http://209.85.175.104/search?q=cache:FwuchDJsKOkJ:www.geocities.com/ahasan12/Perkembangan.doc+Muhammad+Rivai+Batubara&hl=en&ct=clnk&cd=13

Mencari Kekuatan Menerusi Tarbiah Ramadhan

Begitulah dalamnya kesan pengaruh Al Quran kepada sahabat-sahabat Nabi SAW . memang wajarlah dunia ini dianugerahkanAllah kepada orang-orang seperti ini buktinya tidak sampai satuabad tiga perempat daripada belahan dunia ini sudah berada dibawah kekuasaan mereka dari Perancis di sebelah barat hingga kesempadan Cina di timur , dari pergunungan Ural di Rusia hinggake hulu Sungai Nil di Afrika.Tetapi sekarang seperti mana yang dimaklumi bahawa hinanyaumat Islam di perlakukan sebagai pengganas yang harusdihapuskan . Apa yang harus kita lakukan?Sudah sepatutnya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini kitameneliti diri kita sendiri untuk mengetahui kelemahan-kelemahankita dengan membaca Al Quran dan berusaha menghayati nyasemoga kita layak menerima pertolongan Allah sebagaimana telahdiberinya kepada para pendahulu kita di masa silam .

Disediakan oleh:
S.F Tuan Haji Muhammad Rivai Batubara
Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak

Baca Teks Penuh di sini