Tuesday, September 23, 2008

Syeikh Juned and Pembaharuan Islam di Perak

Syeikh Juned, putra Mandailing dari Maga, dikatakan mempunyai "fahaman muda" dan beliau mengembangkan fahaman tersebut secara hikmah dan tidak secara konfrontasi. Di Padang Rengas suatu pengajian pondok telah dikenali sejak tahun lapan belas lima puluhan, yang didirikan oleh seorang ulama yang lari dari pulau Jawa kerana menentang sistem kultur (sistem tanaman paksa) yang dikuatkuasakan oleh penjajah Belanda di pulau itu. Namanya Haji Abdul Manan. Beliau berasal dari Pesantren Ambal. Dalam usahanya ini beliau disokong oleh Tok Paduka Abdul Latif, seorang pembesar jajahan.

Usaha beliau ini kemudian dilanjutkan oleh anaknya, Haji Nur. Kemudian digantikan oleh menantunya Haji Saleh. Apabila Haji Saleh meninggal dunia, maka pengajian pondok di Padang Rengas terhenti untuk seketika, sebab tidak ada tokoh yang dapat meneruskan usaha pengajian ini. Sampailah Syeikh Juned kemudiannya datang dan mengajar di Padang Rengas.

Syeikh Juned dilahirkan pada tahun 1897 di Tarlola, sebuah kampung kecil termasuk daerah Maga, Kota Nopan, Kabupaten Tapanuli Selatan di wilayah Sumatera Utara, Indonesia. Beliau termasuk puak Mandailing dengan marga (clan) Rangkuti.

Baca seterusnya di sini http://www.mandailing.org/ind/biografi03.html

No comments: