Friday, September 26, 2008

Thursday, September 25, 2008

Hajat manusia kepada aqidah

Manusia dalah makhluq yang paling istimewa, kerana ia memeiliki jasad dan ruh. Bentuk dan susuna jasadnya paling sempurna, manakala ruhaninya diperlengkapi dengan aqal, nafsu perasaan, hati-nurani dan sebagainyayang membezakannya dengan haiwan. Allah SWT berfiman:

Mafhumnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (QS At Tiin 4)......

Mengenai kejadiannya, Allah berfirman :

Mafhunnya: (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan ruh (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu bersujud kepadanya." (QS Shaad 71-72)

Manusia telah diberi kelebihan yang sempurna serta kemuliaan dan kehormatan (karamah al insaniyyah). Allah berfirman:

Mafhumnya:

Manusia telah dilantik oleh allah SWT menjadi khalifah di muka bumi...

Wednesday, September 24, 2008

Sessi Soal Jawab Agama bersama Ustaz Rivai

Ini adalah satu perkhidmatan percuma yang akan disediakan oleh Blog Pustaka Rivai buat pengunjung yang budiman. Para Pengunjung bolehlah mengutarakan persoalan yang berkaitan agama Islam khususnya isu Aqidah dan Syari'ah. Pihak webmaster akan cuba mendapatkan jawapan dan/atau pandangan daripada Ustaz Haji Muhammad Rivai Batubara.

Format sessi soal jawab ini adalah seperti berikut.

1. Pengunjung bolehlah mengajukan soalan ke alamt e-mail
rivaibatubara@gmail.com.

2. Pihak Webmaster akan meneliti soalan dan memilih soalan yang baik untuk disediakan Jawapan.

3. Jawapan akan disediakan di dalam suatu Thread Posting..... Pengunjung lain boleh memberikan komentar bersama.

Tuesday, September 23, 2008

Status Tanah Kurniaan Kerajaan Kepada Majlis Agama Islam Perak

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak kali ke 154 yang bersidang pada hari ini 3 Zul qaedah 1422 bersamaan 17 Januari 2002 bersetuju bahawa tanahtanah pemberian kerajaan untuk tujuan rumah ibadat orang Islam, masjid, surau dan tanah perquburan adalah dikira waqaf manakala tanah-tanah pemberian kerajaan untuk tujuan pembangunan adalah dikira sebagai harta baitul mal.

Baca seterusnya di sini http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=2092&newlang=mas

Syeikh Juned and Pembaharuan Islam di Perak

Syeikh Juned, putra Mandailing dari Maga, dikatakan mempunyai "fahaman muda" dan beliau mengembangkan fahaman tersebut secara hikmah dan tidak secara konfrontasi. Di Padang Rengas suatu pengajian pondok telah dikenali sejak tahun lapan belas lima puluhan, yang didirikan oleh seorang ulama yang lari dari pulau Jawa kerana menentang sistem kultur (sistem tanaman paksa) yang dikuatkuasakan oleh penjajah Belanda di pulau itu. Namanya Haji Abdul Manan. Beliau berasal dari Pesantren Ambal. Dalam usahanya ini beliau disokong oleh Tok Paduka Abdul Latif, seorang pembesar jajahan.

Usaha beliau ini kemudian dilanjutkan oleh anaknya, Haji Nur. Kemudian digantikan oleh menantunya Haji Saleh. Apabila Haji Saleh meninggal dunia, maka pengajian pondok di Padang Rengas terhenti untuk seketika, sebab tidak ada tokoh yang dapat meneruskan usaha pengajian ini. Sampailah Syeikh Juned kemudiannya datang dan mengajar di Padang Rengas.

Syeikh Juned dilahirkan pada tahun 1897 di Tarlola, sebuah kampung kecil termasuk daerah Maga, Kota Nopan, Kabupaten Tapanuli Selatan di wilayah Sumatera Utara, Indonesia. Beliau termasuk puak Mandailing dengan marga (clan) Rangkuti.

Baca seterusnya di sini http://www.mandailing.org/ind/biografi03.html

Gerakan Syiah di Nusantara Kini

Kehadiran Syi'ah di pentas Nusantara kini adalah merupakan fenomena baru di penghujung abad kedua puluh ini. Bila dan dimana Syi'ah mula-mula diperkenalkan kepada masyarakat Nusantara, sukar untuk dipastikan. Kebanyakan pengkaji sejarah tentang kemasukan Islam ke Nusantara mengatakan bahawa Islam yang mula-mula sampai di Nusantara dibawa oleh orang-orang Sunni. Dengan itu, mazhab Ahlus Sunnah wal Jama'ah adalah mazhab yang dominan di Nusantara semenjak berkurun-kurun yang lalu.

Namun setelah terjadinya revolusi Iran pada tahun 1979, mazhab Syi'ah mulai mendapat perhatian. Sepertimana halnya di negeri-negeri yang lain, maka di Nusantara pun tidak sedikit jumlahnya orang yang terpesona, malah mengkagumi revolusi ini. Berikutan dengan itu, mulailah dilakukan kajian-kajian terhadap mazhab Syi'ah. Persoalannya bukan hanya berhenti di sini, tetapi adanya usaha untuk mengembangkan fahaman dan 'aqidah Syi'ah di kalangan pengikut- pengikut Sunnah di Nusantara ini, selaras dengan maksud Iran untuk mengeksport revolusinya ke bahagian dunia lainnya.

Oleh Ust. Muhammad Rivai BatuBara

Baca seterusnya di sini http://209.85.175.104/search?q=cache:FwuchDJsKOkJ:www.geocities.com/ahasan12/Perkembangan.doc+Muhammad+Rivai+Batubara&hl=en&ct=clnk&cd=13

Kebangkitan Islam di antara Tentangan dan Ekstrimisme

Control Number 4182946
Author ~Qaradawi, Yusuf.
CoAuthor -
Publisher Kuala Lumpur : Angkatan Belia Islam Malaysia, 1984.
Title Kebangunan Islam di antara tantangan dan ekstrimisme
oleh Yusuf al-Qardhawi ;
diterjemahkan oleh Hj. Muhammad Rivai Batubara.
Call Number 297 QAR
ISBN -
LCCN -
Description iv, 338 p. ; 18 cm.
Keywords (Subject) ~Islam Apologetic works.~Islam 20th century.
Format Book
http://www.livelife.ecitizen.gov.sg/recreation/nlb/search/ItemDetail.asp?Type=LIB&ID=4182946&Media=Book

Islam Dakwah Yang Syumul

Karangan MUHAMMAD YUSUF QARDAWI
Diterjemahkan oleh : Ustaz Mohd. Rivai Batubara
Terbitan : Angakatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Cetakan Pertama 1983 ...

Boleh baca teks penuh di sini

Mencari Kekuatan Menerusi Tarbiah Ramadhan

Begitulah dalamnya kesan pengaruh Al Quran kepada sahabat-sahabat Nabi SAW . memang wajarlah dunia ini dianugerahkanAllah kepada orang-orang seperti ini buktinya tidak sampai satuabad tiga perempat daripada belahan dunia ini sudah berada dibawah kekuasaan mereka dari Perancis di sebelah barat hingga kesempadan Cina di timur , dari pergunungan Ural di Rusia hinggake hulu Sungai Nil di Afrika.Tetapi sekarang seperti mana yang dimaklumi bahawa hinanyaumat Islam di perlakukan sebagai pengganas yang harusdihapuskan . Apa yang harus kita lakukan?Sudah sepatutnya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini kitameneliti diri kita sendiri untuk mengetahui kelemahan-kelemahankita dengan membaca Al Quran dan berusaha menghayati nyasemoga kita layak menerima pertolongan Allah sebagaimana telahdiberinya kepada para pendahulu kita di masa silam .

Disediakan oleh:
S.F Tuan Haji Muhammad Rivai Batubara
Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak

Baca Teks Penuh di sini

Berita Thawalib Parabek

Atas undangan salah seorang alumni Sumatera Thawalib Parabek, Ustadz H. Muhammad Rivai Batubara yang kini menjadi Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu di Ipoh, Negara Bagian Perak Darul Ridwan, rombongan telah mengunjungi Pondok Pesantren Ma’had Al-Ummah yang sudah mempunyai reputasi pendidikan di Malaysia

Baca seterusnya di sini http://www.mail-archive.com/rantau-net@groups.or.id/msg00959.html

Bagaimana berinteraksi dengan Al-Quran

http://ikim.gov.my:8080/ikim/FullDisplayRetriever.jsp?0000008869
ISBN
9679400476
LOCAL CALL NO
BP 130.8 .M84 1994
MAIN ENTRY - PERSON
Muhammad Al-Ghazali
TITLE AND STATEMENT O
Bagaimana berinteraksi dengan Al-Quran / Muhammad Al-Ghazali;
penerjemah Muhammad Rivai Batubara

PUBLICATION AND DISTR
Selangor: Angkatan Belia Islam Malaysia, 1994
PHYSICAL DESCRIPTIO
xlvii, 374p
TOPICAL HEADINGS
Koran -- Appreciation
TOPICAL HEADINGS
Koran -- Evidences, authority, etc
ADDED ENTRY -PERSO
Batubara, Muhammad Rivai

Syeikh Junid Thala ulama terkenal di Mandailing dan Perak

Berdasarkan surat Haji Muhammad Rivai Batubara kepada saya pada 10 Ogos 2006, dinyatakan bahawa tahun lahir 1897 M itulah yang dipersetujui dalam seminar yang diadakan di Penyabungan pada tahun 2000 anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bekerjasama dengan IAIN Sumatera Utara, Pemerintah Kabupaten Mandailing Natal dan Pengurus Perwakafan Syeikh Al-Juned.

Sila layari Teks Penuh di sini http://www.mandailing.org/ind/biografi11.html

Selamat Datang kepada Pengunjung

Salam. Ahlan Wa Sahlan.

Pertamanya kami ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung ke Pustaka Rivai, sebuah blog informatif khususnya, bahan-bahan yang berkaitan agama Islam. Blog ini dikendalikan oleh webmaster yang berhubungan terus dengan Ustaz Haji Muhammad Rivai Batubara. Moga-moga usaha ini akan dirahmati Allah.